Mengenai Kami

GAMMA merupakan satu inisiatif oleh MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia) yang bertujuan menghubungkan orang awam melalui teknologi interaktif dan memastikan akses yang berterusan dengan agensi kerajaan melalui telefon pintar. Bersesuaian dengan Misi MAMPU iaitu "Memperkasakan Transformasi Penyampaian Perkhidmatan Awam Melalui Pengurusan Organisasi dan ICT Yang Inovatif dan Strategik Ke Arah Negara Maju", MAMPU kini menerajui perkhidmatan kandungan digital kerajaan yang terbaik untuk orang awam.

GAMMA adalah platform digital tunggal yang melibatkan koleksi aplikasi urusan rasmi agensi Kerajaan melalui mobile. Ringkasnya, ia merupakan pusat bagi platform M-Goverment untuk semua perkhidmatan aplikasi mobile. Perkhidmatan ini memberi peluang orang awam melihat dan memuat turun aplikasi kerajaan terus melalui peranti mobil. Objektifnya juga merangkumi keperluan untuk mengguna, satu sentuhan untuk akses, informasi yang tepat dan notifikasi yang mudah.

Admin Pakai Baju Purple merah

cuba cuba