K3M

Tentera Laut Diraja Malaysia


Keterangan

K3M Aplikasi Mobil Pertama Untuk Pelaporan Komuniti Maritim & Perkongsian Maklumat

 

“Kesedaran Keselamatan Komuniti Maritim” (K3M) merujuk kepada Keselamatan dan Kesedaran Komuniti Maritim. Inovasi aplikasi mobil ini membolehkan komuniti maritim untuk membuat laporan atau meminta bantuan kecemasan terus kepada Pusat Operasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

 

Aplikasi K3M memudahkan proses pelaporan dan memberi bantuan dimana-mana sahaja, pada bila-bila masa di dalam Perairan Malaysia.

 

Inisiatif RAKAM dan Aplikasi K3M telah diilhamkan oleh Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman, Panglima Tentera Laut TLDM, berdasarkan pengalaman operasi dengan memanfaatkan virtual engagement dan juga crowd sourcing.

 

Fungsi Aplikasi Ini Termasuk

 

- SOS. Pengguna boleh menghantar isyarat kecemasan dan lokasi bagi mendapatkan bentuan segera. Isyarat SOS akan terus dihantar ke Pusat Operasi TLDM.

 

- Aduan. Pengguna boleh membuat aduan untuk mendapatkan bantuan, ianya termasuk rompakan dilaut, pelanunan, pencerobohan, pencemaran, kerosakan kapal, ancaman transnasional atau lain-lain kecemasan. Pengguna perlu memilih dan melengkapkan format laporan yang mudah dan ianya boleh disertakan dengan video atau gambar sebagai bukti keterangan.

 

- Direktori – Senarai talian telefon penting bagi TLDM dan APMM

 

- Ramalan Cuaca - Menyediakan maklumat terkini mengenai maklumat cuaca untuk komuniti maritim – menjamin keselamatan di laut.

 

- Jadual Pasang Surut - Menyediakan maklumat harian terkini mengenai pasang surut di setiap pelabuhan atau lokasi yang diperlukan di Malaysia.

 

- Penyebaran Informasi – Khidmat nasihat keselamatan atau pengumuman untuk komuniti maritim yang beroperasi di Perairan Malaysia.

 

- K3M Prihatin – Membolehkan pengguna menderma kepada Tabung Pahlawan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa veteran dan ahli keluarga mereka yang memerlukan.

 

- Forum – Membolehkan pengguna berkongsi pengalaman dan berborak sesama ahli yang menggunakan aplikasi ini.

 

- Media Sosial

 

Aplikasi Mobil K3M menyokong inisiatif TLDM dan Kerajaan Malaysia dalam menjaga keselamatan maritim dan memerangi aktiviti haram di Selat Melaka, Laut China Selatan dan Laut Sulu.

 

Sila gunakan Aplikasi Mobil K3M dan kami menghargai setiap maklum balas untuk penambahbaikan. Menjadi komitmen kami untuk menyumbang kepada keamanan dan keselamatan komuniti maritim kita.

 

Disiarkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia.

 

K3M@navy.mil.my

Penilaian Pengguna

0/ 5

0
  • 0
  • 0
  • 0
  • 0
  • 0

Ulasan Laman

Aplikasi Serupa