Soalan Lazim

Permohonan Muat Naik Aplikasi

Agensi boleh membuat permohonan untuk muat naik aplikasi mudah alih ke Google Playstore dan Apple Appstore melalui GAMMA tanpa sebarang kos. Bagi tujuan muat naik aplikasi menggunakan perkhidmatan GAMMA, agensi perlu melengkapkan borang permohonan rasmi dalam dua format berbeza iaitu .pdf (bertandatangan) dan format MS. Word dan e-melkan ke alamat supports-gamma@mampu.gov.my. Borang permohon rasmi tersebut boleh dimuat turun melalui pautan di bawah:

Muat turun Borang dan Prosedur Muat Naik Aplikasi Mudah Alih:
1. Borang muat naik GAMMA - https://www.mampu.gov.my/images/Borang_Permohonan_GAMMA_v3.0.docx
2. Prosedur Muat Naik Apps ke GAMMA ver 3.0 - https://www.mampu.gov.my/images/Prosedur_Muat_Naik_Apps_ke_GAMMA_ver_3.0.pdf

Portal GAMMA

GAMMA adalah sebuah gudang atau galeri aplikasi mudah alih perkhidmatan kerajaan yang berinovatif, selamat, dipercayai  dan sahih.  Kerajaan telah memperkenalkan GAMMA, sebuah galeri berpusat dan sahih untuk memudahkan rakyat Malaysia memuat turun aplikasi yang diperlukan untuk urusan berkaitan kerajaan. GAMMA boleh di capai melalui portal   http://gamma.malaysia.gov.my/ atau muat turun aplikasi GAMMA.my dari App Store dan Google Play Store.

Sesiapa sahaja yang mempunyai peranti pintar dengan platform Android dan IOS boleh menggunakan aplikasi GAMMA.my.

Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA) merupakan inovasi perkhidmatan Kerajaan berasaskan mobile yang bertujuan untuk mempelbagaikan saluran perkhidmatan Kerajaan melalui peranti pintar.  Bertepatan dengan tagline “Mobiliti, Gaya Hidup Pintar”, rakyat boleh menggunakan perkhidmatan Kerajaan dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Dengan adanya GAMMA, dapat membantu rakyat untuk memuat turun aplikasi mudah alih Kerajaan daripada sumber yang selamat, dipercayai  dan sahih

Soalan Kepada Seseorang

Jawablah dengan makanan kegemaran awak.