Keterangan
Aplikasi myUPWK dibangunkan bertujuan memberi kemudahan kepada pengguna mendapat informasi terkini berkenaan Urus Setia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan.
Antara objektif utama myUPWK ialah:
- Menyediakan perkhidmatan mesra pelanggan dengan lebih efektif;
- Mempercepatkan akses informasi UPWK kepada para pengguna;
- Meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan ke arah yang lebih berkesan;
- Memudahkan pengguna membuat semakan bantuan yang berkaitan;
- Meningkatkan kualiti dari segi pengurusan aduan terhadap permasalahan yang wujud;
- Mewujudkan komunikasi dua hala secara interaktif dengan lebih berkesan di mana pengguna dapat mengemukakan aduan, membuat semakan bantuan, menjawab borang soal selidik dan membuat pendaftaran menghadiri program anjuran UPWK;